Tugasan KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah-60%
1.Forum 1:Kaitkan pengalaman anda sebagai guru dengan perkembangan teknologi komputer itu sendiri. Bagaimana perubahan teknologi turut memberi impak kepada kepenggunaan alat bantu pengajaran di dalam kelas?
2. Tugasan 1
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis.
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:
- Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.
- Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1).
Panduan:
Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..
Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) - Blogger (link blog diletakkan di myGuru
Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:
KRITERIA | MARKAH |
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian | 10 |
Senireka blog serta daya tarikan | 10 |
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya | 10 |
JUMLAH | 30 |